Saturday, 19 March 2011

Cinte Ngok-Ngek

Jam di lappy menunjukan pukul 4 pagi.Teman sebilik aku sudah hanyut dibuai mimpi,Entah apa yang di mimpinya aku pun tak tahu..asyik-asyik tersenyum..Dari raut wajahnya aku dpt bayangkan,konfom dia mimpi yang indah-indah belaka..hakhakhak.Biar lah dia mengecapi keindahan mimpinya itu,"jangan mimpi basah sudah la"terlintas kata-kata nakal di dalam hati kecil ku ini..

Tapi persoalannya mengapa aku masih belum tido..Saat dan ketika ini,aku ingin meluahkan apa yang tersirat di lubuk hati suciku ini..cewaahhhh...

Awak tolong la dgr luahan hati saya...
Sayang.. 
Apa yang ku katakan 
Apa yang ku rasakan 
Belum pernah dialami Demimu segala ku kurniakan 
Susah ku senangkan 
Apa sahaja dipenuhi 
Di hati
Dan masih lagi engkau bertanya 
Sejauh manakah cinta 
Penjelasan ku sebenar-benarnya
Sampai, tubuh tak bernyawa 
Sampai, ku ke pangkuannya 
Biar jasad tak dilihat zahir 
Cintaku kan tetapkan hadir
Andai dikurnia syurga 
kan ku tunggu di luarnya 
jika ditanya mengapa? 
Jawapan ku menunggu.. 
Kau SAMPAI dahulu.. 
Mudahnya sekadar bermadah 
Hingga kau meragui 
Keikhlasan sanubari 
Sedangkan racun pun kan ku telan 
Andai kau menyatakan ia madu kepadaku 
Oh sungguh.. 
Dan masih lagi kau bertanya 
Sedalam manakah cinta? 
Lafaz ikrarku buat selamanya...
Katakan sayang.. 
bagaimanakah harus ku hidup.. tanpa dirimu 
Sedangkan separuhnya di jiwaku, 
bersamamu...


Sudah menjadi kebiasaan ku..Selepas aku menaip mesti aku membacanya kembali dengan nada yang agak kuat..Tiba-tiba kedengaran suara sumbang"dah la tu.. hang pi tidok la nakai weiii..Lagi hang dok baca ayat jiwang hang tu,sat g runtuh dinding bilik ni."

Pada ketika ini aku tidak mampu menahan gelak ketawa ku..kah..kahh..kahhhhhh..."Perasaan jiwangku hilang sekelip mata"Sebelum aku tido aku sempat penyepak teman sebilik aku...hohohoho

No comments:

Post a Comment